AZREEZAL HAFIDZ, Co-Founder & Editor-In-Chief

Azreezal Hafidz mendapat idea untuk menubuhkan stail.my setelah merasakan tiada lagi portal fesyen dan gaya hidup berbahasa Melayu yang dapat mendidik, memberi inspirasi dan menjadi sumber informasi lengkap bagi kelompok stail-ish di Malaysia. Azreezal bertanggungjawab menentukan visi, kandungan dan topik-topik yang wajar diketengahkan dalam portal ini. Berpengalaman 10 tahun dalam dunia penerbitan bermula dengan GLAM dan meninggalkan posisi sebagai Editor GLAM Lelaki pada Disember 2015.

MERRISSA EMILDA, Co-Founder & Creative Director

Dunia kreatif menjadi lebih luas setelah Merrissa Emilda @ Amy mengasaskan stail.my bersama Azreezal. Melihat dunia kreatif penerbitan yang diceburinya 13 tahun menjadi semakin terbatas, melalui stail.my Amy berpeluang melebarkan kebolehannya dalam skop lebih besar. Atur letak dan idea kreatif untuk stail.my menjadi lapangan barunya setelah meninggalkan posisi Pengarah Seni di GLAM pada November 2015.